kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Lulusan TVET boleh pohon jawatan sektor kerajaan

KUALA LUMPUR: Tuduhan yang menyatakan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tidak diiktiraf kerajaan adalah tidak berasas.

Pengerusi Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), Prof Datuk Dr Massila Kamalrudin, berkata diploma itu diiktiraf kerajaan dan lulusan pengajian daripada bidang teknikal dan vokasional (TVET) tidak perlu bimbang mengenainya.

Katanya, lulusan TVET juga boleh memohon jawatan dalam sektor kerajaan kerana kelayakan DKM yang diberikan kepada program itu diiktiraf.

"Ini kerana kerajaan melalui Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) sangat mengambil berat isu kelayakan TVET ini.

"Saya rasa isu itu sengaja dihangatkan dan mempunyai pemahaman kurang tepat kerana sejak beberapa tahun ini kerajaan sangat mengutamakan program pengambilan bidang TVET bagi memperkasakan tenaga kerja diperlukan negara.

"Saya rasa isu itu sengaja dihangatkan dan mempunyai pemahaman kurang tepat kerana sejak beberapa tahun ini kerajaan sangat mengutamakan program pengambilan bidang TVET bagi memperkasakan tenaga kerja diperlukan negara.

Beliau mengulas dakwaan mengatakan Diploma TVET yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) tetapi tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk diguna pakai bagi berkhidmat dalam skim perkhidmatan awam.

Massila yang juga Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), menjelaskan DKM adalah kelayakan di dalam sektor Kemahiran dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) yang terletak pada Tahap Empat, sekali gus setara dengan Diploma dalam Sektor Teknikal dan Vokasional (DVM) dan sektor Pengajian Tinggi atau Diploma MQA.

"Justeru graduan yang mempunyai kelayakan DKM secara langsung mengukuhkan aspirasi kerajaan untuk memperluas akses kepada TVET.

"eSisraf pula ialah satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dari peringkat sijil, diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda dan kelayakan yang mendapat pengiktirafan kerajaan.

"Fungsi utamanya memberi rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian tinggi dan yang dijalankan di dalam dan luar negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, di UTEM, semua program diploma ditawarkan melalui proses akreditasi oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan MQA.

"Empat program diploma kejuruteraan UTeM melalui akreditasi Majlis Akreditasi Kejuruteraan Teknologi (ETAC), BEM dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) memenuhi kelayakan MQA dan tiada masalah untuk diterima untuk lantikan ke dalam perkhidmatan awam," katanya.

Beliau berkata, jika di peringkat MTUN, isu pengiktirafan itu tidak timbul dan sepatutnya kebimbangan orang ramai mengenai kelayakan memohon jawatan perkhidmatan awam diperhalusi JPA untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Berita Harian

Pautan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1274368/lulusan-tvet-boleh-pohon-jawatan-sektor-kerajaan

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.