- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035
Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035
SESI LIBAT URUS PELAN TINDAKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA 2035
Sesi Libat Urus bagi Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 telah diadakan pada 24 September 2024 bertempat di PICC, Putrajaya melibatkan seramai 39 orang peserta yang terdiri daripada 10 kumpulan pelaksana. Bengkel ini dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan input dari golongan pelaksana dan pemegang taruh untuk memastikan pelan yang dibangunkan dapat mencapai tujuan sebenar inisiatif pembangunan belia.
Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES disusuli dengan Ucaptama Halatuju Pelan Tindakan Pembangunan Belia Malaysia 2035 oleh Encik Jeffery Yon dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Bengkel ini disusuli dengan taklimat bengkel yang disampaikan oleh Dr. Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.
Sesi perbincangan dalam kumpulan telah diketuai oleh fasilitator dan penyelaras yang dilantik iaitu YBrs. Dr. Chong Sheau Tsuey (UKM), Encik Ngai Chee Hau (JCI), Pn. Siti Rosmawati (BDS), Pn. Mastura Mohamad, Pn. Shahhanim Yahya dan dibantu oleh dua orang pelapor bagi setiap kumpulan. Sesi ini berakhir dengan ucapan rumusan oleh Encik Ngai Chee Hau selaku fasilitator bagi bengkel ini.