kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

'AI 4 Belia' perkasa penggunaan AI dalam kalangan anak muda

TANJUNG MALIM: Program 'AI 4 Belia' anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertujuan memperkasakan golongan berkenaan dengan kemahiran teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam menghadapi cabaran pasaran pekerjaan masa hadapan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, berkata program julung kali itu adalah inisiatif MOSTI untuk membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

"Penyertaan aktif belia dalam inisiatif sebegini (AI 4 Belia) langkah penting dalam mempersiapkan diri mereka menghadapi cabaran masa hadapan terutama dalam sektor pekerjaan berteknologi tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program 'AI 4 Belia' di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, hari ini.

Beliau berkata, Tanjung Malim adaah stesen pertama program itu dan sambutan dilihat memberangsangkan dengan pembabitan 100 peserta dalam program kerjasama bersama UPSI dan Syarikat Pixlr itu.

"Belia adalah pelapis membangunkan Malaysia pada masa akan datang, yang juga perintis kepada pekerjaan masa hadapan dalam bidang seperti kejuruteraan kecerdasan buatan, robotik, anggota keselamatan maya, teknologi rantaian blok dan sebagainya.

"Penggunaan AI dilihat dapat membantu belia yang berminat untuk meneruskan kerjaya sebagai usahawan inovasi atau teknousahawan.

"Ia kerana AI membantu belia yang terbabit dalam perniagaan untuk menganalisis data, merancang pemasaran produk dan mengoptimumkan operasi dengan sumber sedia ada," katanya.

Lih Kang berkata, pihaknya percaya dengan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran belia mengenai AI secara berperingkat, generasi muda Malaysia akan lebih bersedia mendepani cabaran teknologi masa hadapan.

"Hasilnya, belia kita bukan sahaja akan menjadi pengguna AI yang bijak, tetapi juga peneraju dalam mencipta inovasi yang memanfaatkan kemajuan teknologi ini untuk pembangunan negara.

"Ini seiring dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara pembangun teknologi utama menjelang 2030," katanya.

Pada majlis itu turut berlangsung pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara UPSI yang diwakili Dekan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Prof Madya Dr Maizatul Hayati Mohamad Yatim, dengan Syarikat Pixlr diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Warren Leow. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian, BERNAMA

Pautan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1316205/ai-4-belia-perkasa-penggunaan-ai-dalam-kalangan-anak-muda

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.