kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Panduan Bantuan Awal Untuk Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Dalam Kalangan Belia

Image

PUTRAJAYA, 26 November 2025 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia (RTD) bertemakan “Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia” bertempat di Dewan Podium B, Menara KBS, Putrajaya.

Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang, telah menghimpunkan 158 orang peserta melibatkan pakar bidang kesihatan mental, wakil-wakil kementerian/ agensi, wakil institusi pendidikan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Belia, wakil ibu bapa serta lain-lain rakan strategik pembangunan belia.

Sesi persidangan dimulakan dengan perkongsian “Untold Story” oleh wakil Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), diikuti perkongsian mengenai Perkhidmatan Talian HEAL 15555 oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

Seterusnya, Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan, IYRES telah membentangkan penghasilan Panduan Ringkas (Quick Guide) Bantuan Awal Krisis Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri dalam Kalangan Belia, sebagai rujukan kepada individu dan pelbagai pihak.

Sesi dialog interaktif bersama peserta telah dipengerusikan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan bagi mendapatkan maklum balas serta cadangan intervensi daripada individu yang terkesan, pakar bidang dan pemegang taruh pembangunan belia dalam usaha memperkukuh kesejahteraan mental belia.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.