- Laman Utama
- Berita Terkini
- Taklimat Kewangan dan Perakaunan IYRES Siri I & Siri II
Taklimat Kewangan dan Perakaunan IYRES Siri I & Siri II
PUTRAJAYA, 22 & 26 JANUARI 2026 - Sesi Taklimat Kewangan dan Perakaunan IYRES Siri I dan Siri II kepada pegawai dan kakitangan IYRES telah selesai dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat IYRES, Menara KBS.
Sesi taklimat ini bertujuan meningkatkan pengetahuhan dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai konsep dan prosedur dalam pengurusan perolehan kerajaan di samping memperoleh kemahiran dan kepakaran dalam aspek-aspek kritikal mengenai prosedur dan proses dalam perolehan kerajaan.
Menerusi sesi ini, peserta didedahkan dengan peraturan-peraturan berkaitan dengan kewangan dan perakaunan serta perolehan yang perlu dipatuhi bagi memastikan akaun dapat diuruskan dengan sempurna selaras dengan kehendak IYRES secara khususnya dan peraturan Kerajaan pada keseluruhannya.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Farius Bujang dibantu oleh Puan Sartina Safian, Puan Anis Kamilia Aminorddin dan Cik Nor Farah Syafiqah Norman.
