- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sesi Pembentangan dan Sidang Media Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2025
Sesi Pembentangan dan Sidang Media Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2025

SELANGOR, 28 JANUARI 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dijemput menghadiri Sesi Pembentangan dan Sidang Media Laporan Kajian Indeks Malaysia Negara Rahmah 2025 anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia yang berlangsung di Hotel Armada, Petaling Jaya, Selangor.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Badlishah Sham bin Baharin, Presiden IKRAM yang menekankan kepentingan kajian berasaskan data dalam menyokong pembangunan masyarakat yang berteraskan nilai rahmah.
Majlis ini dihadiri oleh Dr. Nur Shazwanie Rosehan, Eksekutif Penyelidik IYRES sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama dan input penyelidikan berkaitan kesejahteraan sosial di Malaysia.