- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sesi Taklimat Focal Point kepada 117 Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN)
Sesi Taklimat Focal Point kepada 117 Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN)
Putrajaya, 26 Februari 2026 – Sesi Taklimat Focal Point Hub Profil telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan seramai 117 orang pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) peringkat negeri, daerah, bahagian dan kawasan yang telah dilantik sebagai Focal Point Hub Profil IYRES.
Pelaksanaan sesi taklimat ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan berhubung pelaksanaan projek Hub Profil serta memperincikan peranan dan tanggungjawab Focal Point dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek tersebut. Taklimat ini turut memberi fokus kepada penerangan berkaitan sistem Myprofil yang mengandungi modul IYRES Community Enumerator (ICE) dan Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA).
Pelaksanaan sesi taklimat ini selaras dengan usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara IYRES dan JBSN. Melalui pelantikan Focal Point Hub Profil, inisiatif ini diyakini mampu memperluas promosi perkhidmatan ICE serta meningkatkan keberkesanan pengumpulan data dan pelaksanaan penyelidikan pembangunan belia secara lebih tersusun, komprehensif dan berimpak tinggi.
Sesi taklimat ini telah dilaksanakan secara dalam talian dan dibentangkan oleh Encik Mohd Rizal bin Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.