- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sesi Brainstorming Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM’26)
Sesi Brainstorming Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM’26)

Putrajaya, 3 Mac 2026 - Sesi Brainstorming Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM’26) telah selesai diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat IYRES, Menara KBS, Putrajaya.
Secara keseluruhannya, sesi ini bertindak sebagai platform perbincangan bagi mendapatkan dan mengumpulkan idea, pandangan serta cadangan strategi berkaitan pelaksanaan Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM’26).
Seramai 19 orang pakar daripada pelbagai bidang kepakaran khususnya bidang sukan dan statistik telah menghadiri sesi ini. Selain itu, sesi ini juga turut dipengerusikan oleh Puan Mastura Mohamad, Eksekutif Penyelidik Kanan 2 IYRES dan dihadiri oleh 10 orang penyelidik IYRES.
Sesi Indeks Budaya Sukan Malaysia 2026 (IBSM’26) telah selesai diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Mesyuarat IYRES, Menara KBS, Putrajaya.