kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Sesi Pembentangan Analisis Dapatan Program Kuasa Orang Muda (KOM) kepada pihak IMPACT Integrated

Image

PUTRAJAYA, 16 MAC 2026 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan Sesi Pembentangan Analisis Dapatan Program Kuasa Orang Muda (KOM) kepada pihak IMPACT Integrated bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 10, Menara KBS.

Sesi ini bertujuan membentangkan hasil analisis dapatan penilaian Program Kuasa Orang Muda (KOM) yang telah dilaksanakan sebelum ini. Dalam sesi tersebut, pihak IYRES turut mempersembahkan visualisasi dapatan kajian melalui penggunaan perisian Tableau, bagi memudahkan pemahaman terhadap analisis data serta memperlihatkan trend dan pola dapatan kajian secara lebih interaktif dan komprehensif.

Pembentangan ini turut menjadi platform perkongsian maklumat serta perbincangan antara pihak IYRES dan IMPACT Integrated dalam meneliti hasil kajian yang diperoleh dan mencadangan penambahbaikan pelaksanaan program KOM pada masa akan datang. Kerjasama ini diharapkan dapat terus memperkukuh hubungan strategik antara IYRES dan IMPACT Integrated dalam usaha meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program pembangunan belia di Malaysia.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.