- Laman Utama
- Berita Terkini
- Bengkel Dalaman Analisis Data Analitik IBSM dan IBM 2025 Siri 2
Bengkel Dalaman Analisis Data Analitik IBSM dan IBM 2025 Siri 2

PUTRAJAYA, 8 APRIL 2026 – Bengkel Dalaman Analisis Data Analitik IBSM dan IBM 2025 Siri 2 telah selesai diadakan dengan jayanya bertempat di Moxy Putrajaya.
Secara keseluruhannya, bengkel ini bertujuan untuk membangunkan model unjuran bagi menilai dan meramalkan skor kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) dan Indeks Belia Malaysia (IBM) sehingga tahun 2030 yang seterusnya menyokong perancangan dasar dan keputusan strategik organisasi.
Bengkel ini telah dihadiri oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan 1, IYRES dan pegawai-pegawai IYRES dari Cawangan Kajian Polisi Asas dan Gunaan, Cawangan Kajian Impak dan Isu Semasa, Cawangan Pengurusan Data dan Cawangan Teknologi Maklumat.
Semoga dengan perkongsian ilmu dan kerjasama dalam kumpulan yang telah berlangsung di bengkel ini dapat menghasilkan output dan model unjuran yang berkualiti serta relevan.