kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS Bantu Majukan Sukan Golf DI Kalangan Belia

 

Berita KBS - 26 Jun 2012

Disediakan oleh : Zaid Izlan Ibrahim Hakimi (Unit Komunikasi Korporat  KBS)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KBS BANTU MAJUKAN SUKAN GOLF DI KALANGAN BELIA

PUTRAJAYA, 26 JUN 2012 – Sukan golf dalam industri sukan masa kini telah mendapat perhatian dan tumpuan dikalangan peminat sukan tanah air. Ini dibuktikan melalui kejayaan yang dikecapi oleh atlet kebangsaan yang berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia sama ada di  peringkat amatur mahupun professional.

 Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) di antara Akademi Kemahiran Belia Golf KBS (AKBG) dan Gold House Academy (GHA) telah dimeterai di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini yang memberi tumpuan kepada pembangunan dan pengalakkan minat dalam permainan golf serta usaha membantu meningkatkan prestasi sukan bermula di peringkat akar umbi.

 Program yang diperkenalkan oleh GHA adalah ‘Junior Swing’ dengan tujuan  melahirkan para pemain gold junior di dalam suasana kompetitif supaya pemain yang mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi serta dapat menarik minat golongan muda untuk melibatkan diri dalam sukan golf secara serius dan sistematik di samping memberi ruang kepada mereka menerima latihan secara professional.

Majlis ini disaksikan Menteri  Belia dan Sukan,  Dato’ Sri Ahmad Shabery  Cheek. Ketika berucap di majlis yang sama, beliau berkata bahawa program ini adalah sangat efektif yang menumpukan pelajar berumur dari enam hingga 25 tahun. Tegas beliau, apa yang lebih penting adalah kesinambungan berterusan selepas berumur 25 tahun dengan mewujudkan satu dana dikumpulkan oleh persatuan-persatuan golf swasta di samping mendapat bantuan kerajaan dan menjadikannya sebagai tabung untuk dijadikan sebagai  biasiswa kepada mereka.

 Dato’ Sri Ahmad Shabery juga mencadangkan agar pihak PTPTN dapat memberi pinjaman bukan hanya terhadap pembelajaran malah juga dalam sektor sukan di mana konsep yang sama diamalkan jika atlet tersebut dapat mencapai satu kejayaan yang amat membanggakan. Sebagai pulangan pinjaman tersebut dapat ditukar kepada separa biasiswa atau biasiswa penuh dengan pencapaian yang diraih itu.  Inisiatif sedemikian boleh membantu memajukan prestasi sukan di negara ini.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.