- Laman Utama
- Berita Terkini
- Konvensyen Pemikir Muda Malaysia
Konvensyen Pemikir Muda Malaysia

|
Berita IPPBM - 26 Jun 2012 Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. KONVENSYEN PEMIKIR MUDA MALAYSIA 7 Julai 2012 (Sabtu) - Pertubuhan Pemikir Muda dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai rakan kongsi strategic, telah menganjurkan Konvensyen Pemikir Muda Malaysia pada sabtu yang lalu 7 Julai 2012 bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, Uitm Shah Alam.
Kira-kira 3000 orang anak muda dari pelbagai sektor pekerjaan membanjiri dewan DATC datang bagi mewakili sektor pekerjaan masing-masing. Terdapat 20 sektor kerjaya antaranya adalah sektor kejuruteraan, kedoktoran, perundangan, keusahawanan, akauntan, pasukan beruniform, pemandu teksi dan lain-lain lagi.
Majlis Perasmian konvensyen disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir semasa majlis perasmian iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia dan Naib Canselor Uitm.
Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM Dr. Wasitah Hj Mohd Yusof telah menerima siji sebagai Penasihat Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Konvensyen diteruskan dengan perbahasan usul-usul daripada 20 sektor pekerjaan yang mewakili sektor pekerjaan masing-masing bagi dijadikan resolusi untuk dihantar ke Pejabat Perdana Menteri sebagai tindakan selanjutnya. Selain itu, Pihak IPPBM dan Vyrec juga mengadakan pameran dan pendaftaran e-belia sepanjang program berlangsung.
|