- Laman Utama
- Berita Terkini
- MALAYSIAN YOUTH CYBER CONFERENCE 1.2
MALAYSIAN YOUTH CYBER CONFERENCE 1.2

|
Berita IPPBM - 02 Ogos 2012 Oleh: Mohd Nor Aimullah saleh (IPPBM) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
MALAYSIAN YOUTH CYBER CONFERENCE 1.2 28 Julai 2012 (Sabtu) – Malaysian Youth Cyber Conference 1.2 atau lebih dikenali sebagai MCC yang telah di adakan di Hotel Seri Malaysia, Kulim Kedah pada 28 Julai 2012 lalu melibatkan lebih 100 orang blogger-blogger dan juga penggodam atau lebih dikenali sebagai ‘hackers’. Peserta terdiri daripada zon utara dan juga wakil daripada lain-lain negeri seperti zon selatan, zon timur dan zon tengah. Program ini juga mendapat tajaan dari Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) di bawah usaha VyREC dengan anjuran bersama Information Teknology Youth Malaysia (ITYM),SENYAP White & Black Hat Division. Program ini merupakan kesinambungan dari Malaysian Youth Cyber Conference 1.0 & 1.1 yang telah dilaksanakan pada 12 Mei 2012 dan 30 Jun 2012 yang lalu. Program MCC kali ini memberi pendedahan yang berkonsepkan “Dunia Teknologi dan Islam” telah menarik perhatian ramai yang hadir semasan sesi forum tersebut diadakan. Turut diadakan majlis berbuka puasa dan diikuti solat terawih berjemaah. Program ini akan diteruskan dengan beberapa siri lagi pada masa akan datang dan akan memberi banyak pendedahan tentang kebaikan dan keburukan penggodaman ini kepada masyarakat terutama rakyat di Malaysia kelak.
|