kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

55 Tahun Merdeka ,Janji Ditepati Penuh Warna Warni

 

Berita KBS - 05 September 2012

Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

55 TAHUN MERDEKA , JANJI DITEPATI PENUH WARNA WARNI


KUALA LUMPUR, 31 OGOS 2012 – Bertemakan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 tahun ini penuh dengan kemeriahan dan kelainan telah melibatkan  pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, pelajar  IPT dan sekolah juga persatuan-persatuan Belia.

 

Acara perarakan yang bermula seawal jam 8.00 pagi sebaik sahaja ketibaan DYMM Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di Dataran Merdeka hari ini.

 

Perarakan yang penuh gilang-gemilang dan warna warni didahului dengan pasukan yang membawa Jalur Gemilang iaitu terdiri daripada Pelatih-pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

 

Salah satu  kelainan kali ini adalah perarakan kontinjen pegawai-pegawai tinggi kerajaan sebagai tanda sokongan dan komitmen mereka terhadap Hari Kemerdekaan ke 55 tahun ini.

 

Pelbagai persembahan menjadi tatapan pengunjung dengan segmen-segmen yang menghiburkan tetamu yang hadir serta padat dengan informasi.  Pasukan formasi dan tarian kali ini juga dimeriahkan dengan pelbagai lagu patriotik yang kini sering berkumandang di stesyen-stesyen radio di tanah air, baik radio kerajaan mahupun swasta.

 

Warga Malaysia khususnya yang tinggal di Kuala Lumpur telah mula mambanjiri Dataran Merdeka seawal jam 7.00 pagi. Kemudahan pengangkutan awam menjadi pilihan pengunjung bagi mengurangkan kesesakan lalulintas yang sediada di ibu kota.

 

Menurut seorang pengunjung, Saiful Rizman, 23 beliau telah mendapat maklumat berkaitan penutupan jalan melalui sebuah laman web dan mengambil inisiatif untuk menaiki pengangkutan awam iaitu LRT ke Dataran Merdeka bagi tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan acara bersejarah ini.

 

Acara Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 tahun ini diakhir dengan ucapan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

 

 

Disunting oleh : Haji Sulaiman Abd Manan, Unit Komunikasi Korporat

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.