kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Xpresi Belia Pamer Kehebatan Dua Negara

 

Berita KBS - 28  September 2012

Oleh: Mohd Nor Aimullah Saleh (IPPBM)

Oleh: Junaidin Bardin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

XPRESI BELIA PAMER KEHEBATAN DUA NEGARA


PUTRAJAYA, 26 September 2012 –  Program Xpresi Belia yang diwujudkan berjaya merapatkan hubungan dua hala bagi mempertingkatkan pembangunan di kedua-dua negara di antara Malaysia dan China di samping membuka lebih luas untuk belia dari kedua-dua negara meneroka gaya kepimpinan dan cara hidup masyarakat negara ini.

Program yang diwujudkan sempena program pertukaran Belia Antarabangsa Malaysia-China yang melibatkan 100 belia dari negara Tembok Besar itu sebagai lawatan balas hasil kunjungan belia Malaysia ke negara itu Mei lalu.

 Program yang berakhir hari ini diadakan di Dataran Gemilang Putrajaya malam tadi setelah sepuluh hari mereka di bawa menjelajah sambil mengenali kehidupan masyarakat dan belia negara ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dua negara yang sudah sedia terjalin.

 Turut sama dalam  program ini ialah daripada seramai 350 pelajar dari beberapa buah Institut Penggajian Tinggi Awam (IPTA)  tempatan seperti  Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM), Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Sukarelawan rakan muda.

          Di antara aktiviti yang di anjurkan dalam program Xpresi Belia ini ialah “Pertandingan Teamwork My Park”, Cyber game (counter strike), paintball, Mini Archery dan karom. Lebih menarik lagi diadakan perlawanan setiap permainan membabitkan belia kedua-dua negara.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.