- Laman Utama
- Berita Terkini
- Usahawan perlu lebih Holistik Dalam Membentuk Belia yang Dinamik
Usahawan perlu lebih Holistik Dalam Membentuk Belia yang Dinamik

Berita KBS - 05 Oktober 2012
|
Disediakan Oleh: Hafizan bin Ahmad, Bahagian Pembangunan Belia Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. USAHAWAN PERLU LEBIH HOLISTIK DALAM MEMBENTUK BELIA YANG DINAMIK KEDAH, 3 Oktober, - Satu program penggalakan usahawan belia telah diadakan selama 4 hari yang berlangsung di Cinta Sayang Resort, Kedah. Kursus ini memberi tumpuan khasnya kepada peminjam Tabung Ekonomi Belia. Program ini mendapat sambutan hangat daripada belia zon timur melibatkan seramai 40 orang belia bagi memantapkan “Proper Plan” untuk mecapai satu tahap keberhasilan keuntungan yang tinggi dalam perniagaan yang diusahakan. Sebagai Usahawan Belia KBS, pertimbangan keseluruhan jenama atau imej syarikat perlu merentasi seluruh Negara dan bermatlamat jangka panjang termasuk dari segi gaya pengiklanan produk, seni kejurujualan mahupun dari segi aspek pengurusan aset syarikat. Oleh sebab yang demikian usahawan yang cemerlang haruslah sentiasa berfikiran glokal dan global supaya hasil produk belia Kementerian Belia dan Sukan ini mampu menyaingi dan menembusi pasaran ke luar negara.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|