kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Bengkel TWG dn Brainstormig Festival Belia Putrajaya 2013 Lahirkan Pendekatan Baharu Utk Belia

Berita KBS - 09 Oktober 2012

 

Oleh : Muhammad Hafizuddin Sahadan,  ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


BENGKEL TWG DAN BRAINSTORMING FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013  LAHIRKAN PENDEKATAN BAHARU UNTUK BELIA


SEREMBAN, 3 Oktober 2012 – Bengkel Technical Work Group (TWG)  dan ‘brainstorming’ Festival Belia Putrajaya (FBP) 2013 bakal memperkenalkan pendekatan baharu dalam usaha menarik dan melibatkan lebih ramai golongan belia untuk ke festival yang baharu dijenamakan dari nama sebelumnya, Himpunan Jutaan Belia.

 

                   Dengan berlandaskan tiga aspek penting iaitu perpaduan, inovasi serta kreatif dan pengiktirafan terhadap belia, FBP 2013 menjanjikan keseimbangan dengan mengambil kira sambutan ke 50 tahun pembentukan Malaysia, Tahun Kesukarelaan dan Tahun Melawat Malaysia 2013, festival ini bakal memberi pengalaman dan keriangan baharu kepada semua pengunjungnya yang merangkumi seluruh keluarga.

 

          Bengkel tiga hari yang dibahagikan kepada empat kumpulan antara lain mencadangkan agar FBP diadakan selama tiga hari dengan memberikan fokus kepada dua hari terakhir yang jatuhnya pada cuti hujung minggu dengan menjadikan perarakan raksasa oleh semua kontinjen sebagai  salah satu acara pada malam perasmian oleh Perdana Menteri.

 

          Selain itu, program-program keagamaan diadakan di pentas utama dan bagi memperlihatkan bahawa aspek rohani sentiasa diutamakan. Beberapa segmen dikaji  semula dengan diberi jenama baharu yang lebih mesra belia.

 

          Sekretariat Hari Belia Negara (HBN) bukan lagi dilihat sebagai bersifat sementara tetapi akan dinaik taraf sebagai satu cawangan di bawah Bahagian Pembangunan Belia supaya ia boleh memainkan peranan yang lebih berkesan disamping menjadi urus setia kepada program-program utama Kementerian.

 

          Objektif program ini adalah bertujuan untuk membincangkan dan secara tidak langsung untuk memperbaiki setiap kelemahan program-program  yang telah dijalankan sebelum ini. Perbincangan ini meliputi  ‘Post Moterm’  Hari Belia Negara (HBN) dan Himpunan Jutaan Belia 2012, ‘Post Moterm’ Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri, ‘Brainstorming’ Konsep Perlaksanaan dan Aktiviti Festival Belia Putrajaya 2013 dan ‘Brainstorming’ Kearah Menginstitusikan (Institionalize) Sekreteriat HBN.

 

          Segala usul atau cadangan dibentangkan kepada Timbalan Ketua Setiauasaha (Antarabangsa dan Pengurusan), Dato’ Jamil Salleh dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Hajah Hatipah Haji Ibrahim sebelum diserahkan kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim.

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.