kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Belia Berperanan Penting Bentuk Komuniti Progresif Asean

Berita Bernama - 10 Oktober 2012

Belia Berperanan Penting Bentuk Komuniti Progresif Asean

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Asean sedang berusaha ke arah meningkatkan peranan belia dalam membantu membentuk sebuah komuniti makmur di rantau ini, kata Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hussein Haniff. Dalam kenyataan bagi pihak negara anggota Asean pada Sidang Ke-67 Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Isnin, Hussein berkata Forum Belia Asean di Phnom Penh, Kemboja, April lepas mengenal pasti kesukarelaan belia sebagai satu daripada empat bidang yang boleh digunakan golongan itu untuk memberi sumbangan secara lebih aktif. Tiga bidang lain ialah pemupukan kesedaran mengenai Asean, peningkatan kemahiran berhubung keusahawanan dan pemupukan nilai kepimpinan. Salinan kenyataan itu dihantar kepada Bernama di sini. Hussein berkata Asean juga meluluskan cadangan Malaysia berhubung pelaksanaan Program Sukarela Belia Asean. Katanya program itu bertujuan menyokong usaha memajukan belia dengan menjadikan mereka golongan yang kuat daripada segi minda, berhati mulia dan bersatu padu untuk menyumbang ke arah kebaikan masyarakat di seluruh rantau berkenaan. -- BERNAMA

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.