- Laman Utama
- Berita Terkini
- Janji Ditepati, Kudat Dikunjungi
Janji Ditepati, Kudat Dikunjungi

Berita KBS - 18 Oktober 2012
|
JANJI DITEPATI, KUDAT DIKUNJUNGI Disediakan oleh : Khalid Khairuddin, UKK Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KUDAT,14 OKTOBER 2012 : “Kerajaan yang ada sekarang bukan sahaja komited melaksanakan janji, malah melaksanakannya di bawah falsafah 1Malaysia”, ujar YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Apa yang bermula sebagai sebuah konsep, dengan sokongan dan dorongan berterusan rakyat, 1Malaysia kini sudah tumbuh menjadi sebuah falsafah nasional. “Ia benar-benar membawa inspirasi dan tenaga baru dalam usaha menyatupadukan rakyat”, tambah beliau lagi dalam ucapan perasmian sempena program Jelajah Janji Ditepati di Kudat, Sabah. “Penerimaan rakyat terhadap falsafah 1Malaysia memberi kami (Kerajaan) semangat, kekuatan serta motivasi untuk terus mara” ujar beliau yang berpendapat pada masa sekarang terlalu banyak cabaran dan dugaan yang diterima. “Segala cabaran yang telah sama-sama kita tempuhi membawa bersamanya pengajaran tidak ternilai yang akan kami jadikan pedoman dalam memenuhi janji-janji yang telah dibuat”, tambah beliau bersemangat. Jelajah kali ini yang pertama kali diadakan di seberang laut China Selatan menarik kedatangan lebih lima puluh ribu pengunjung. Rata-rata sokongan yang diberikan amat membanggakan. Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Kudat, nyata panorama sambutannya begitu berbeza sekali. “Dengan sokongan anda, kami akan terus memperkenalkan banyak lagi program dan inisiatif di bawah 1Malaysia”, jelas beliau lagi. “Kesetiaan anda bersama kami dalam kembara ini sangat dihargai”, ucap beliau memberi penghargaan kepada rakyat Sabah yang sentiasa memberi sokongan. “Perjalanan kita masih jauh dan panjang justeru itu, Kami berharap anda semua dapat bersama meneruskan kembara ini ke arah menjadikan Malaysia lebih unggul dan hebat”, harapan beliau kepada rakyat Malaysia. Pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) turut serta dalam Jelajah janji Ditepati ini dengan menyediakan Gelanggangg Futsal 1Malaysia untuk kegunaan masyarakat Sabah. YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sempat singgah di Gelanggan Futsal 1Malaysia untuk bersama belia bermain foosball dan menyempurnakan penyerahan Gelanggang Futsal 1Malaysia. Dalam mempromosikan gelanggang tersebut, KBS menyediakan pameran interaktif dimana pengunjung boleh melihat sendiri replika galanggang tersebut disamping menerima hadiah istimewa daripada KBS dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh petugas pameran. Antara pengisian program itu adalah pameran dari agensi-agensi kerajaan dan swasta, gerai jualan dan permainan aktiviti media. Turut hadir mengiringi YAB Perdana Menteri ialah Ketua Menteri Sabah, YAB. Datuk Musa bin Haji Aman.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |