- Laman Utama
- Berita Terkini
- ‘Build- Up Program Festival Belia Putrajaya 2013’ Menemui Belia Di Moto GP Malaysia 2012
‘Build- Up Program Festival Belia Putrajaya 2013’ Menemui Belia Di Moto GP Malaysia 2012

Berita KBS - 29 Oktober 2012
|
‘BUILD- UP PROGRAM FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013’ MENEMUI BELIA DI MOTO GP MALAYSIA 2012 Disediakan oleh : Sekretariat Pengurusan Acara, KBS SEPANG, 22 OKTOBER 2012 - Sekretariat Pengurusan Acara (SPA) telah mengadakan ‘Build-Up Program Festival Belia Putrajaya 2013’ sempena Moto GP Malaysia 2012 pada 19 hingga 21 Oktober 2012 bertempat di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor. Fokus utama program ini adalah untuk memperkenalkan Festival Belia Putrajaya 2013 yang akan diadakan pada bulan Mei tahun hadapan. Festival Belia Putrajaya 2013 adalah sekuel daripada sambutan dan perayaan Hari Belia Negara 2012 yang dikenali sebagai Himpunan Jutaan Belia – Putrajaya 2012 yang telah melakar sejarah pembangunan dan pergerakan belia di Malaysia apabila mencatatkan kehadiran lebih daripada 2 juta orang belia dalam masa 5 hari perayaan tersebut. Program selama 3 hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang hadir. Rata-rata pengunjung memberi komen yang baik terhadap penganjuran festival ini dan mengharapkan yang terbaik pada masa akan datang. Mereka juga tidak sabar menantikan Festival Belia Putrajaya 2013 yang memang banyak memberi input baik dari segi rohani dan jasmani. Selain itu , pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin turut singgah ke khemah pameran Festival Belia Putrajaya 2013 menyatakan sokongan beliau kepada program ini.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|