kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IPPBM Rangka Plan Strategik Untuk Pembangunan Generasi Belia

Berita KBS - 29 Oktober 2012

IPPBM RANGKA PLAN STRATEGIK UNTUK PEMBANGUNAN GENERASI BELIA


Oleh : Abdul Hadi Hassan, Unit Komunikasi Korporat KBS

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

SELANGOR, 23 Oktober 2012 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Negara (IPPBM) telah manganjurkan Bengkel Pelan Strategik bertempat Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan disini dengan dihadiri seramai 33 peserta.

 

 Peserta bengkel selama dua hari itu terdiri dari pensyarah dari Universiti Putra Malaysia, wakil-wakil Kementerian, wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , wakil NGO dan persatuan serta kakitangan IPPBM.

 

 Bengkel yang terbahagi kepada lima sesi itu membincangkan isu mengenai belia pada masa kini dan bagaimana untuk menangani masalah-masalah yang  menjadi cabaran sehingga  merencatkan masa depan negara.

 

 Menjadi pusat serantau yang terkenal dengan pengetahuan yang berasaskan penyelidikan berkaitan dengan pembangunan generasi belia adalah menjadi visi IPPBM yang bertindak sebagai penyelidik tunggal untuk menjalankan penyelidikan terhadap golongan belia di KBS.

 

Bengkel ini bertujuan untuk menetapkan hala tuju pembangunan penyelidikan berkaitan belia dan merangka pelan jangka panjang demi masa depan negara. Bengkel yang padat dengan aktiviti pembentangan dan perbincangan kumpulan dapat menambah baik plan yang sedia ada.

 

Turut menyertai bengkel ini ialah pegawai-pegawai  dari Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang memainkan peranan sebagai pakar rundingan dalam pengurusan organisasi dan memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan. Majlis penutup disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM, Dr. Wasitah Mohd. Yusof.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.