- Laman Utama
- Berita Terkini
- Jejak 1M4U IPPBM 2012-Jom Kaji Dan Selidik Pendektatan Baru IPPBM Bersama Komuniti Muda
Jejak 1M4U IPPBM 2012-Jom Kaji Dan Selidik Pendektatan Baru IPPBM Bersama Komuniti Muda

Berita IPPBM - 16 November 2012
|
JEJAK 1M4U IPPBM 2012-JOM KAJI DAN SELIDIK PENDEKATAN BARU IPPBM BERSAMA KOMUNITI MUDA Oleh: Mohd Nor Aimullah saleh (IPPBM) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
10 November 2012 (Sabtu) – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) dengan kerjasama beberapa Kelab Rakan Muda dan Pertubuhan Belia Perdana telah menganjurkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Program Jejak 1M4U IPPBM 2012 – “Jom Kaji dan Selidik” bertempat di Zoo Negara, Kuala Lumpur. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada Kelab Rakan Muda Tangga Batu, Pelajar IPT dan ahli Pertubuhan Belia Perdana.
Program “Jejak 1M4U IPPBM” bertujuan untuk menggerakkan aktiviti sokongan penyelidikan IPPBM secara outreach untuk mendekatkan IPPBM kepada komuniti serta memperkenalkan peranan IPPBM dalam pembudayaan penyelidikan dikalangan generasi muda. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah mengadakan aktiviti sukarelawan dengan membersihkan kandang kandang haiwan serta kawasan sekitar zoo tersebut. Para peserta juga diberi peluang untuk mendekati haiwan ciptaan Allah ini dengan memberikan makan dan minum di samping memandikan haiwan tersebut.
Disamping itu turut diadakan sesi sembang santai bersama Y.Bhg. Dato’ Dr. Junaidy Bin Abd. Wahab, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah IPPBM merangkap Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan dan Y.Bhg. Dr. Wasitah Hj Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM yang mana mereka turut memberi kata-kata semangat kepada anak-anak muda untuk terus memberi khidmat masyarakat walaupun dimana jua berada dan program sebegini perlu selalu dianjurkan serta secara tidak langsung dapat disemai dan ditanamkan dalam diri remaja pada zaman sekarang ini dengan semangat sukarelawan.
|