- Laman Utama
- Berita Terkini
- Cabaran Genovasi bermula
Cabaran Genovasi bermula

Berita KOSMO - 16 November 2012
|
Cabaran Genovasi bermula Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM dan SUHANA MD. YUSOP
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempelawa golongan belia di negara ini memberi idea dan cadangan bagi digunakan ke arah membina negara yang lebih baik dalam semua aspek menerusi Cabaran Genovasi. Menurutnya, idea inovatif tersebut boleh disalurkan menerusi www.challenge.my bermula semalam sehingga 15 Disember ini. Beliau yang yakin dengan kebolehan generasi muda berkata, golongan itu mempunyai pelbagai idea bernas untuk dilaksanakan bagi membangunkan negara dan tanggungjawab itu perlu digalas bersama-sama. “Sebagai Perdana Menteri, saya mahu mendengar daripada anda dan saya mahukan idea anda kerana saya percaya ramai mempunyai idea yang sangat hebat. “Tidak kira apa sahaja kepercayaan politik anda kerana pada akhirnya, ini negara kita dan Malaysia adalah negara di mana kita lahir dan tinggal,” katanya pada sesi percambahan minda bersama pemimpin muda Youth Opinion Leaders For A Better Malaysia di Restoran Chawan, Bangsar di sini semalam. Kira-kira 48 peserta terdiri daripada para pemimpin belia, wakil-wakil media, penulis blog muda dan terkenal mengambil bahagian dalam sesi tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
Cabaran Genovasi bermula