- Laman Utama
- Berita Terkini
- Belia wajar dipimpin demi masa depan negara
Belia wajar dipimpin demi masa depan negara

Berita Utusan -26 November 2012
|
Belia wajar dipimpin demi masa depan negara.
SEREMBAN 25 Nov. - Golongan belia harus dipimpin serta dipupuk dengan nilai positif ke arah menangkis tanggapan masyarakat bahawa kumpulan tersebut merupakan liabiliti kepada negara. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, golongan belia merupakan sebahagian besar daripada jumlah penduduk di negara ini iaitu sebanyak 40 peratus. ''Ini bermakna mereka merupakan kelompok masyarakat yang tidak boleh diabaikan, malah, dicorakkan dari awal kerana merekalah yang bakal mentadbir dan menguruskan negara," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Sukan dan Kebudayaan Majlis Belia Malaysia (MBM) 2012, di sini malam tadi. Ikuti berita selanjutnya di UTUSAN hari ini. |