- Laman Utama
- Berita Terkini
- Parlimen Belia Malaysia - Kehangatan KianTerasa
Parlimen Belia Malaysia - Kehangatan KianTerasa

Berita KBS -30 November 2012
|
PARLIMEN BELIA MALAYSIA - KEHANGATAN KIAN TERASA Disediakan oleh : Mohd Ikhwan Mohd Razully, Bahagian Pembangunan Belia ( Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. )
PUTRAJAYA, 02 DISEMBER 2012: Seramai 125 orang peserta dan pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah berjaya menguji sistem pemilihan Ahli Parlimen Belia Malaysia (e-PBM). Sesi taklimat berlangsung di Podium A, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Sesi taklimat anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ini telah menjemput wakil-wakil dari pertubuhan belia seluruh Negeri Selangor bagi menguji dan memberi penerangan tentang proses pemilihan ahli parlimen belia. Sistem akan mengandungi 5 Modul iaitu daftar pemilih, pencadang calon, calon, sokongan calon dan pengundian.
Turut hadir Tn. Hj. Makhruzi Bin Hj. Iksan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Puan Azizah Binti Ab. Lah, Pengarah Cawangan Sosioekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |