kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

1B1K: Tawaran latihan kemahiran untuk belia.

Berita Kosmo -24 December 2012

 1B1K: Tawaran latihan kemahiran untuk belia.

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,000 tempat ditawarkan bagi pengambilan pelatih mengikuti kursus-kursus kemahiran di bawah Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K) pada Januari depan.

Ketua Sekretariat 1B1K, Mohammad Rizan Hassan berkata, belia yang menyertai program itu nanti akan diberi latihan dan diserap di beberapa institusi kemahiran yang menjalin kerjasama dengan Majlis Belia Malaysia.

Antara kursus yang ditawarkan adalah Automotif (Kenderaan Ringan), Automotif (Kenderaan Berat), Elektrik, Elektronik Industri, Kecantikan, Terapi Spa, Kimpalan dan Fabrifikasi Logam, Perhotelan, Pelancongan, Pembuatan Roti dan Peruncitan.

Belia berumur 16 tahun ke atas yang boleh menulis, membaca dan mengira boleh memohon mengikuti Program 1B1K dengan bantuan pembiayaan latihan secara pinjaman, penginapan dan elaun sara diri turut disediakan.

Mohammad Rizan berkata, MBM menerusi Sekretariat 1B1K, turut mempelawa anak-anak yatim dan keluarga miskin bagi mengikuti Program Latihan dan Penempatan Pekerjaan secara percuma bagi kursus Kimpalan, Pemesinan dan Scaffolding.

Program itu dijalankan dengan kerjasama Vocational Education Training Academy (VETA) bagi membantu golongan berkenaan keluar dari kepompong yang menyekat pembangunan mereka.

Sebarang pertanyaan lanjut dan pendaftaran bagi kesemua program yang ditawarkan boleh menghubungi Mohammad Rizan di talian 013-7733676. – BERNAMA

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.