kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Program 1Malaysia Excel Cruise 2012 Hull-Amsterdam Dari 19 Sehingga 21 DIsember 2012.

Berita KBS -28 December 2012

PROGRAM 1MALAYSIA EXCEL CRUISE 2012 HULL-AMSTERDAM DARI 19 SEHINGGA 21 DISEMBER 2012

Oleh: Rizal Ikhwan Robuan (IPPBM)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


19 Disember 2012,  Rabu – YB. Timbalan Menteri dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim  telah menghadiri program pencelahan dan interaksi kepimpinan - Program Kem 1Malaysia Excel Cruise 2012 Hull-Amsterdam dari 19 sehingga 21 Disember 2012 yang melibatkan para pelajar Malaysia yang datang dari seluruh United Kingdom. Program selama 3 Hari 2 Malam tersebut telah mendapat impak positif dan sambutan yang sangat mengalakkan dengan penyertaan seramai 250 orang pelajar-pelajar Malaysia dari lebih 41 Universiti di UK dan Ireland.

 

Kehadiran YB. Timbalan Menteri dan Sukan telah dapat dimanfaatkan oleh para Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Ireland termasuk pelajar daripada University of Oxford, University of Cambridge dan Imperial College London yang tidak mempunyai platform saluran maklumat seperti penganjur program – Kelab Melayu Hull United Kingdom di mana para pelajar berpeluang mendengar secara terus mengenai pelaksanaan polisi dan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh kehidupan serta masa hadapan mereka sebagai golongan belia Malaysia.

 

Sesi bersama Duta besar Malaysia ke United Kingdom dan wakil Kementerian Belia dan Sukan telah memberi pendedahan kepada pelajar Malaysia mengenai pencapaian 6 KNRA dan juga pelaksanaan 1M4U yang begitu diterima oleh pelajar sebagai sesuatu yang sangat relevan dengan kehidupan mereka di luar Negara. Konsep 1 Malaysia juga turut mendapat pujian dari wakil pemimpin pelajar antarabangsa yang mewakili parti Labour UK, Ryan Mellor melalui pengenalan konsep ‘1 Nation’ yang diutarakan oleh pemimpin parti Labour Ed Miliband semasa majlis dialog antarabangsa ‘Question Time’. Pelbagai pandangan dapat diutarakan dari sudut pandangan berbeza mengenai penglibatan pelajar dalam politik dikalangan belia di Ghana, Palestine-Syria, minoriti penduduk Islam UK.

 

Platform FACEBOOK GROUP 1Malaysia Excel Crusie Camp juga telah diwujudkan untukmenjadi tapak pengkongsian pendapat dan juga networking selepas program. Laman Facebook ini juga akan dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan semangat perpaduan dan menjalin semangat kerja berpasukan dalam kepelbagaian yang wujud diantara peserta bersesuaian dengan semangat 1Malaysia.

 

Dalam penjelajahan Cruise pulang dari Amsterdam ke Hull, YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah juga dapat menyaksikan persetujuan bersama pasukan penyelidik yang terdiri dalam kalangan pelajar dan tenaga akademik Malaysia di Hull University United Kingdom dengan pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, KBS untuk melaksanakan kajian mengenai Youth’s Perception And Outreach Measures : An Analysis On Nation-Building and 1Malaysia Concept In The United Kingdom. Kajian ini akan bermula pada awal Januari 2013 dimana hasil dapatan awal kajian ini akan diperolehi pada Februari 2013 bagi melihat impak dan persepsi pelajar Malaysia di luar Negara berhubung pelaksanaan konsep 1Malaysia dan pendekatan program pembinaan bangsa Malaysia di luar Negara.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.