- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sukarelawan 1 Belia Malaysia KBS Bantu Mangsa Banjir
Sukarelawan 1 Belia Malaysia KBS Bantu Mangsa Banjir

Berita KBS -07 Januari 2013
|
SUKARELAWAN 1 BELIA MALAYSIA KBS BANTU MANGSA BANJIR Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin, Unit Komunikasi Korporat KBS Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. CHUKAI, 29 Disember 2012 – Pelancaran Sukarelawan 1 Malaysia Pasca Banjir Kementeerian Belia dan Sukan (KBS) Peringkat Parlimen Kemaman di perkarangan Sekolah Kebangsaan Seri Geliga di sini dijangka mengurangkan penderitaan yang diahadapi mangsa-mangsa banjir di daerah ini apabila sukarelawan-sukarelawan ini digerakkan ke kawasan-kawasan terlibat untuk membantu mencuci rumah-rumah serta tempat-tempat awam yang dilanda musibah itu. Majlis pelancaran di sempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan dihadiri kira-kira 1,000 termasuk seramai 400 sukarelawan yang digemblengkan di tiga zon yang teruk dilanda banjir sejak lima hari lalu. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman menggesa agar orang ramai khususnya golongan belia tampil untuk membantu mangsa-mangsa banjir tanpa mengira bentuk ganjaran atau insentif yang disediakan kerana baginya dalam keadaan darurat seperti itu, seharusnya banyak pihak yang sedia menghulurkan bantuan termasuk kerja-kerja pembersihan selepas berlakunya bencana alam itu. Katanya, Malaysai harus mencontohi Australia apabila ramai rakyatnya yang tampil secara sukarela untuk membantu melakukan kerja-kerja pembersihan selepas negara itu teruk ditenggelami banjir besar suatu ketika dahulu. Malaysia harus mencontohi sikap rakyat Australia berkenaan dan bersedia untuk menghulurkan bantuan pada bila-bila masa yang diperlukan. “Kita tidak harus bersikap plih bulu dan memilih kawasan untuk menghulurkan bantuan. Sebagai contoh, jika berlaku banjir di Thailand, ramai yang akan berebut-rebut untuk menghulurkan sumbangan tenaga tetapi apabila banjir berlaku di Kemaman atau di kawasan-kawasan di dalam negara, gerakkan ini agak lambat dan masih menunggu arahan untuk bertindak,” ujarnya. Beliau juga kesal kerana ada segelintir pihak yang masih bergantung kepada kerajaan atau pihak-pihak tertentu untuk melakukan kerja-kerja sukarela seperti mahu disediakan kemudahan pengangkutan, penginapan dan sebagainya bagi membolehkan mereka hadir untuk menghulurkan bantuan. Katanya, sikap seperti ini perlu dielakkan kerana ia tidak melambangkan semangat kesukarelawan sejati tetapi hanya dilihat menyusahkan orang lain termasuk pihak yang dilanda musibah. Kira-kira 200 sukarelawan di bawah program I-Volunteer Rakan Muda yang dikelolakan Majlis Belia Malaysia (MBM) hadir untuk memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat. Untuk rekod, banjir yang melanda daerah Kemaman kali ini dikatakan paling teruk dalam sejarah selepas kejadian yang sama berlaku sekitar tahun 1971 yang melumpuhkan banyak aktiviti harian. Dato’ Sri Ahmad Shabery kemudian melepaskan peserta ini ke kawasan-kawasan yang ditetapkan untuk memulakan kerja-kerja pembersihan.
Disunting oleh : Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |