- Laman Utama
- Berita Terkini
- Menteri Belia Dan Sukan Rasmi Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM Kali Ke-61.
Menteri Belia Dan Sukan Rasmi Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM Kali Ke-61.

Berita KBS - 23 Januari 2013
|
MENTERI BELIA DAN SUKAN RASMI MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN MBM KALI KE-61. Oleh : Yusfadhila Yunus ( Unit Komunikasi Korporat, KBS ) SUBANG JAYA, 18 Januari 2013 – “ Majlis Belia Malaysia ( MBM ) adalah salah satu medan latihan terbaik dalam melahirkan pemimpin belia negara,” ujar Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.
Tambah beliau lagi, idea dan pandangan yang bernas akan menjadi daya ukur sebagai pemimpin berbanding personaliti ataupun pangkat. MBM bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar sejak tahun 1950 iaitu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Sehingga kini, MBM merupakan rakan kongsi paling akrab kepada Kementerian Belia dan Sukan dalam membantu apa jua pelaksanaan dasar Kementerian.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-61 di Summit Hotel, Subang Jaya di sini hari ini. Mesyuarat itu juga dihadiri seramai 366 perwakilan daripada pelbagai persatuan belia yang turut memilih barisan baharu pucuk pimpinan MBM serta hala tuju baharu pertubuhannya.
Pada pemilihan kali ini, menyaksikan Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berjaya mengekekalkan jawatan untuk penggal kedua bertrurut- turut apabila pencabar kuatnya, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Abdul Karim menarik diri atas faktor peribadi.
Dato’ Sri Ahmad Shabery juga turut mengingatkan kepada generasi muda yang layak dan telah mendaftar untuk mengundi supaya mempertimbangkan tiga aspek utama iaitu rekod prestasi, asas perjuangan dan pemimpin yang baik dalam memilih kerajaan, ujar beliau semasa sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MBM kali ke-61 itu.
“Rekod prestasi kerajaan sekarang yang berjaya membina perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama, pemikiran dan budaya merupakan aspek paling penting. Jangan sesekali memperjudikan masa hadapan negara hanya kerana ingin melakukan perubahan tanpa membuat pertimbangan sewajarnya,” katanya.
Tambahnya lagi, persatuan belia termasuk MBM perlu memainkan peranan menggalakkan generasi muda mendaftar sebagai pemilih dalam melunaskan tanggungjawab mereka kepada negara.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|