- Laman Utama
- Berita Terkini
- Lawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Pin Sieu ke IPPBM
Lawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Pin Sieu ke IPPBM

Berita IPPBM - 4 Februari 2013
|
Lawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Senator Gan Pin Sieu ke IPPBM Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM) PUTRAJAYA, 31 Januari 2013 – Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Shou telah mengadakan kunjungan mesra ke Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada hari ini bertempat di Aras 10, Menara KBS. Ketua Pegawai Operasi (IPPBM), Tuan Hj. Zakariah Md Sam menyambut lawatan YB. Senator Tuan Gan sambil diiringi oleh warga IPPBM. YB. Senator telah diberikan taklimat ringkas berkenaan operasi pentadbiran dan pencapaian hasil kajian IPPBM oleh KPO IPPBM bertempat di pejabatnya. YB. Senator dalam rangka lawatannya bertanyakan perkembangan semasa hasil dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh IPPBM. Antara perkara yang diterangkan ialah mengenai Indeks Belia Malaysia, Pemetaan Belia dan kajian-kajian terkini yang sedang dilaksanakan oleh pihak IPPBM.
Disunting : Suraya Sulaiman ( IPPBM ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |