- Laman Utama
- Berita Terkini
- MB Terengganu luang masa bersama 2,000 belia, artis
MB Terengganu luang masa bersama 2,000 belia, artis

Berita Kosmo - 22 Februari 2013
|
MB Terengganu luang masa bersama 2,000 belia, artis SANTAI. Kira-kira 2,000 anak muda Terengganu berpeluang untuk bertemu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di kediaman rasminya di Batu Buruk, Kuala Terengganu baru-baru ini. Majlis santai selama kira-kira dua jam itu membolehkan peserta bertemu dengan pemimpin nombor satu Terengganu dan meluahkan permasalahan mereka secara terus. Selain itu, beberapa artis seperti Zizan Raja Lawak, pelakon Sariyanti, Elfira Loy dan Intan Ladyana turut memeriahkan majlis itu bersama ahli kelab Riders United.
|