- Laman Utama
- Berita Terkini
- Kejohanan Badminton Tarik Golongan Belia
Kejohanan Badminton Tarik Golongan Belia

Berita KBS - 28 Februari 2013
|
KEJOHANAN BADMINTON TARIK GOLONGAN BELIA Oleh : Nurhidaya Pukari (Unit Komunikasi Korporat KBS) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. MUAR, 24 FEBRUARI 2013 – Kejohanan badminton yang diadakan selama dua hari bermula 23 Februari lalu di APACS di sini dilihat dapat memberi impak yang positif kepada golongan belia untuk menyertai aktiviti kesukanan. Kejohanan sulung anjuran Kolej Komuniti Muar itu berjaya menarik penyertaan lebih 30 pasukan dari daerah Muar serta daerah - daerah berhampiran dengan menawarkan hadiah yang menarik perhatian peminat-peminat badminton tempatan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Haji Razali Haji Ibrahim berkata, belia sewajarnya merebut peluang yang ada bagi membolehkan mereka menunjukkan bakat khususnya dalam permainan badminton ini. Jumlah hadiah yang menjadi taruhan tidak seharusnya menjadi agenda utama tetapi peluang untuk mengetengahkan bakat mereka di dalam sukan itu perlu menjadi satu keutamaan kerana melalui pertandingan, seseorang itu boleh menilai kemampuan mereka sebenarnya. “ Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti ini secara tidak langsung dapat mengelakkan golongan belia daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah,” ujarnya ketika merasmikan pertandingan ini. Beregu dari Akademi Badminton Apcs berjaya menjadi juara dengan membawa pulang wang tunai RM 400, piala serta sijil penyertaan.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. |