- Laman Utama
- Berita Terkini
- Peserta Perdana Leader Fellowship Diuji
Peserta Perdana Leader Fellowship Diuji

Berita KBS - 20 Mac 2013
|
PESERTA PERDANA LEADER FELLOWSHIP DIUJI Disediakan oleh : Dr. Wasitah Mohd Yusof, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KUALA LUMPUR, 18 MAC 2013 - Peserta Perdana Leader Fellowship (PLF) yang telah selesai mengikuti program antarabangsa di Perth, Western Australia (WA) pada 12 hingga 16 Mac 2013 yang lalu telah di uji melalui sesi refleksi mengenai Learning Outcomes bertempat di Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).
Pada sesi tersebut, para peserta telah membentangkan hasil pembelajaran dan pengalaman mereka di Perth. Antara input-input yang mereka bentangkan ialah berkenaan idea inovasi sosial Spacecubed, Inisiatif Kesukarelawanan organisasi Non Profit Variety, input ekonomi oleh Western Australia Economic Chamber, Input Creative Engineering Faculty University of Curtin serta input oleh Consulate General of Malaysia ke WA dan Financial Planner terkenal di WA, iaitu Mr Terry yang merupakan rakyat Malaysia di sana.
UNIRAZAK telah bertindak sebagai pemberi input utama kepada PLF selain Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan(INPUMA). Kedua-dua institusi tersebut telah mewujudkan ruang bagi membolehkan peserta-peserta dinilai daripada aspek pemikiran analitik dan kreatif serta daya upaya mereka sepanjang pelaksanaan PLF ini.
Para peserta PLF dilihat telah memberikan sepenuh perhatian dan komitmen mereka untuk membentangkan pembelajaran mereka di Perth melalui persembahan multimedia yang rapi dan input-input yang sangat relevan. Mereka telah membuktikan peluang yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) kepada belia Malaysia khususnya melalui kewujudan PLF ini telah digunakan sebaiknya oleh para peserta.
Kesungguhan dan penglibatan yang maksimum para peserta seramai 28 orang dalam core business mereka ke Perth dapat dibanggakan dengan disiplin yang telah dipamerkan oleh mereka. Diharapkan mereka akan terus berdaya maju sehingga ke peringkat Perdana yang diharapkan oleh Negara.
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IPPBM) yang bertindak selaku badan kajian akan mengeluarkan hasil dapatan penilaian bersama-sama pasukan pengkaji daripada Universiti Putra Malaysia(UPM) akan merumuskan kesemua program di bawah PLF melalui balance score card untuk menilai peserta-peserta secara individu dan juga analisis keseluruhan program tersebut.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|