kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Program PLF 2012/13 Serlah Bakat Pemimpin Muda

Berita KBS - 17 Mei 2013

PROGRAM PLF 2012/13 SERLAH BAKAT PEMIMPIN MUDA

 Oleh : Khalid Khairuddin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 10 Mei 2013 :  “ Pemimpin tidak dilahirkan, tetapi ia dibentuk”, demikian menurut  Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ), Dato’ Mohid Mohammed ketika menutup  Majlis Penganugerahan dan Apresiasi Program Perdana Leader Fellowship di Hotel Everly dekat sini hari ini.

 

Program yang dianjurkan Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara ( JBSN ) ini telah berjaya dilaksanakan selama enam bulan bermula 5 Oktober 2012 hingga 31 Mac 2013 lalu. Majlis ini diadakan bagi menghargai mereka yang berjaya menamatkan program ini dengan jayanya.

 

Bermula 5 Oktober 2012 hingga 31 Mac 2013, seramai 28 peserta terdiri daripada pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS), wakil-wakil persatuan belia, persatuan bukan kerajaan (NGO) dan individu telah mengikuti program  yang diadakan di Kompleks Rakan Muda, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain di seluruh Malaysia.

 

 “ Kepimpinan belia adalah kepimpinan negara pada masa hadapan, mempersiapkan kepimpinan belia bermakna kita mempersiapkan kepimpinan negara ”, katanya. Dalam konteks ini, pembentukan kepimpinan belia menjadi salah satu agenda utama KBS.

 

Sepanjang kursus ini, para peserta telah melalui lima Modul Teras iaitu Modul Fizikal, Modul Tutorial, Modul Antarabangsa yang melibatkan pembelajaran di Perth, Australia serta Modul Penempatan dan Pementoran dan akhirnya Pelaksanaan Projek.

 

Menurut Pengarah program, Nor Azah Ahmad Dahalan, adalah menjadi harapan dengan adanya program sebegini, para peserta mampu memperoleh hasil positif dan pembelajaran nilai - nilai kepimpinan melalui pengalaman program dengan ruang yang lebih jelas bagi belia untuk mengetahui arah yang mereka inginkan. Selain itu, peserta juga akan mampu memberikan sumbangan kepada negara melalui penglibatan dalam program-program belia.

 

Antara yang turut hadir pada majlis ini adalah Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha KBS  Dato’ Zaidon Haji Asmuni dan Datuk Jamil Salleh serta Ketua Pengarah JBSN, Hajah Hatipah Haji Ibrahim.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.