kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Raikan Festival Belia Putrajaya 2013 Dengan Semangat Cintakan Negara.

Berita KBS - 21 Mei 2013

RAIKAN FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 DENGAN SEMANGAT CINTAKAN NEGARA

Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

BANDAR UTAMA,  19 MEI 2013, - Konsep yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam Festival Belia Putrajaya 2013 kali ini adalah Display of Energy yang menyelitkan penerapan semangat patriotik dan penuh dengan perasaan kecintaan kepada negara yang tercinta, kata YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dalam temubual khas di Nasi Lemak Kopi O sempena mempromosikan Festival Belia Putrajaya 2013.

 

Dengan imej smart kasual berjeans dan baju T lengan panjang kelihatan sangat santai dan berbicara mengenai festival tersebut cukup menunjukkan beliau memahami suara belia dalam hal kesukanan, berpersatuan, pendidikan, hiburan dan tidak dilupakan kerohanian.

 

Menurut beliau lagi, highlight events yang bakal  membuatkan ribuan pengunjung teruja untuk ke Festival Belia Putrajaya 2013 tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata, tetapi seimbang dengan kehendak belia masakini.  Antaranya adalah Pertunjukan Bunga Api, Viper Challenge Obstacles,  Pameran Pedang Rasulullah Terbesar, Perkampungan Buku, Perkongsian Ilmu Kerohanian dengan pakar-pakar juga pendakwah terkenal masakini dan pelbagai lagi.

 

Beliau mengakhiri temubual dengan menyatakan hasrat beliau untuk menjemput belia-belia Malaysia untuk ke Putrajaya pada 23 – 26 Mei nanti sempena Festival Belia Putrajaya 2013 dan bagi yang ingin menyatakan pandangan, teruslah ke Facebook atau twitter beliau @Khairykj, juga Fanpage Festival Belia Putrajaya 2013, Twitter dan Instagram @festivalbelia13.

 

Disunting oleh : Aziah Ahmad, Unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.