kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik

Berita Utusan - 23 Mei 2013

Usaha tangani masalah sosial belia, bentuk jati diri patriotik

 

Oleh : Muhammad Syazwan Ahmad Kamal (Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

KUCHING 22 Mei - Kementerian Pembangunan Sosial negeri merangka pelbagai program dalam usaha menangani masalah sosial dan membentuk jati diri patriotik dalam kalangan belia negeri ini.

Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) negeri, Datuk Dr. Stephen Rundi Utom berkata, pihaknya turut mendapat kerjasama daripada beberapa jabatan kerajaan lain seperti Jabatan Belia dan Sukan negeri serta Jabatan Pelajaran negeri bagi mencapai matlamat tersebut.

Katanya, pada tahun ini sebanyak sembilan program tambahan akan dilaksanakan manakala satu daripada program tersebut iaitu My Beautiful Malaysia yang diadakan pada Februari lalu telah berjaya mendapat penyertaan seramai 100,000 orang.

"Kerajaan telah menyusun pelbagai aktiviti bagi memenuhi kalendar tahunan negeri dengan memberi penekanan patriotisme dan kesukarelaan sesuai dengan semangat 1Malaysia.

"Sementara itu, pada bulan ini sambutan Himpunan Hari Belia Sarawak akan diadakan di Kuching dengan sasaran penyertaan seramai 6,000 orang seterusnya Program Merdeka Ria Belia di Bintulu pada Ogos ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ripin Lamat (BN-Lambir) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Stephen Rundi memberitahu, sepanjang tahun lalu sebanyak 16 program telah diadakan melibatkan golongan belia di negeri ini dan berjaya mendapat penyertaan seramai 28,113 orang.

Katanya, pihaknya menyasarkan jumlah penyertaan akan meningkat kepada 29,279 orang dengan dua program yang sinonim dengan masyarakat negeri ini iaitu Program Belia Aram Meh Kitai Berambeh dan Pesta Jom Kito Ngail.

Artikel Penuh: :Utusan Malaysia

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.