- Laman Utama
- Berita Terkini
- Hub Penyelidikan Belia (Youth Research Hub)
Hub Penyelidikan Belia (Youth Research Hub)

Berita KBS - 29 Mei 2013
|
HUB PENYELIDIKAN BELIA (YOUTH RESEARCH HUB) Oleh : Nurain Mohd Salleh (IPPBM) Sempena penganjuran Festival Belia Putrajaya 2013 (FBP 2013), IPPBM telah menganjurkan program Hub Penyelidikan Belia (Youth Research Hub) bagi menyebarluaskan hasil-hasil kajian dan produk penyelidikan IPPBM dan menyediakan pelbagai aktiviti interaktif bagi menarik pengunjung yang hadir di FBP 2013. Hub Penyelidikan yang telah beroperasi pada 23 hingga 26 Mei 2013 dibuka bermula jam 10.00 pagi sehingga jam 10.00 malam setiap hari bertempat di Tapak Festival Belia Putrajaya 2013 dan telah dapat menarik seramai 3000 pengunjung belia. Hub Penyelidikan diuruskan oleh 8 orang pegawai IPPBM, 20 unumerators dan seramai 30 orang sukarelawan yang dilantik untuk bertugas mengendalikan acara pameran interaktif, permainan (answer & win), cabutan bertuah dan sebagainya. Sukarelawan dan unumerators merupakan satu agenda IPPBM sebagai pendedahan awal kepada golongan belia ini berkaitan dengan bidang kajian dan situasi sebenar dalam sesi soal selidik atau kerja kajian lapangan. Youth Research Hub diwujudkan bagi melahirkan golongan belia yang mempunyai sifat mengambil tahu (awareness), prihatin terhadap isu-isu belia, dinamik, proaktif, kesukarelaan dalam mencari maklumat dan pengetahuan serta mencerna masalah sebagai suatu kekuatan untuk penyelesaian masalah. Youth Research Hub juga bertepatan dengan salah satu elemen FBP 2013 iaitu Penampilan yang terbaru. Penganjuran Youth Research Hub berperanan dalam mewujudkan persekitaran yang dinamik dan interaktif bagi mempamerkan kepada masyarakat bahawa pentingnya mendapatkan maklumat dan pengetahuan berkenaan golongan belia Malaysia. Transformasi sosial juga dapat dikembangkan melalui cara penyampaian maklumat kepada golongan belia dan institusi kajian secara interaktif dan dinamik.
Pengisian Youth Research Hub terbahagi kepada tiga segmen iaitu Segmen Kajian dan Pengurusan Data, Segmen 4D Stop Over by YBM Tuan Khairy Jamaluddin dan Segmen Interaktif. Berita selanjutnya sila klik disini >>>> Disunting : Suraya Sulaiman ( IPPBM ) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
|