kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PUSPANITA KBS LAHIR RASA BERTUAH DIPILIH UNTUK PROGRAM TURUN PADANG



BERITA KBS: 3 JULAI

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 2 JULAI 2013 – PUSPANITA Cawangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melhirkan rasa bertuah dan berbangga kerana diplih menjadi tuan rumah bagi program Lawatan Turun Padang PUSPANITA Kebangsaan ke Kementerian ini hari ini.

 

Lawatan yang dianggotai kira-kira 50 Ahli Majlis Tertinggi Puspanita Kebangsaan diketuai Yang Di Pertuanya, Puan Sri Dato’ Rohani Abdullah. Ketibaan beliau disambut barisan kepimpinan Puspanita KBS yang diketuai Pengerusinya, Datin Dr. Asmah Samat dan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh.

 

Puan Sri Dato’ Rohani kemudian melancarkan Program Ladies Day Gym 1 Malaysia di Aras 1 Menara KBS sebelum mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi Puspanita Kebangsaan di Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara KBS. Pemilihan hari Isnin setiap minggu yang dikhususkan untuk pengguna wanita membuktikan bahawa ia sebagai satu dorongan kepada kaum hawa kepada pencapaian matlamat pembudayaan sukan dikalangan rakyat di negara ini terutamanya golongan wanita.

 

Dalam ucapan ringkasnya, Datin Dr. Asmah melahirkan rasa terima kasih dan berbangga dengan pemilihan KBS sebagai destiansi bagi program turun padang ini Katanya, pemilihan hari Isnin setiap minggu sebagai hari yang khusus untuk kaum wanita menggunakan gymnasium itu  selaras dengan visi negara yang juga KBS yang menitik beratkan pembudayaan bersukan tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang. Pepatah ada menyatakan bahawa ‘jika kita mendidik seorang wanita bermakna kita mendidik seluruh komuniti ”.

 

Datin Dr. Asmah juga berharap agar lawatan ini memenuhi objektif lawatan turun padang itu dan memberi peluang kepada semua Ahli Majlis Tertinggi Puspanita mengenali dan menghayati peranan yang dimainkan KBS di dalam membangunkan modal insan iaitu belia dan masyarakat beruskan.

 

Di antara aktiviti lain yang disusun di sepanjang lawatan sehari ini ini ialah majlis sembahyang berjemaah dan bacaan yasin, perasmian Pejabat Puspanita KBS dan taklimat eksekutif KBS.

 

Disunting oleh : Idris Husin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.