kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KARNIVAL KERJAYA BELIA BN 2013 LEBIH INFORMASI, TAWAR 30,000 PELUANG PEKERJAAN

Khairy menunjukkan laman sosial Facebook, BNYJF 2013 ketika sidang media BNYJF di PWTC, baru-baru ini. Bersamanya ialah Pengerusi BNYJF Nazir Hussin Akhtar Husin. Pameran kerjaya terbesar sentiasa ditunggu-tungu oleh golongan belia itu akan diadakan di PWTC dari 27 hingga 29 September ini. -fotoBERNAMA

 

BERITA MSTAR : 15 JULAI 2013

 

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN berkata, bagi melicinkan proses dan persiapan karnival ini, jawatan-jawatan yang ditawarkan akan diiklankan di Facebook BNYJF dan aplikasi telefon pintar sebelum acara bermula.

"Melalui Facebook atau aplikasi yang disediakan, sesiapa yang mahu datang boleh merujuk dahulu atau menyemak kekosongan serta kelayakan yang diperlukan.

"Ini bermakna, sebelum mereka datang, mereka sudah tahu ke mana mahu pergi, boleh mendaftar awal atau membuat persiapan awal dari beberapa segi," katanya.

Bagaimanapun Khairy berkata buat masa ini pemohon tidak dibenarkan menghantar resume terlebih dahulu kepada syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

"Tujuan karnival diadakan supaya pemohon dapat bertemu majikan dan majikan dapat melihat sendiri kualiti pemohon.

"Tetapi proses kali ini berbeza kerana pemohon boleh membuat 'homework' mengenai kerjaya atau syarikat yang mereka pilih melalui maklumat yang diperolehi sama ada melalui Facebook atau aplikasi khas," katanya.

Khairy berkata karnival kali ini menyaksikan banyak penambahbaikan dilakukan terutama dari segi teknologi dan aplikasi yang memberikan lebih banyak informasi kepada golongan belia.

Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian termasuklah CIMB Group, My E.G Services Berhad, Talent Corp, Bank Islam, Agrobank, Bank Pembangunan, Honda, Mazda, Royal Selangor, Habib Jewels dan banyak lagi.

BNYJF pada tahun-tahun terdahulu telah berjaya menawarkan sebanyak 160,000 pekerjaan kepada pelawat yang hadir.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.