kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

GENERASI MUDA DIRAIKAN SEMPENA LAWATAN RASMI KSN KE KBS

 

Disediakan oleh :

Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 16 JULAI 2013 – Kementerian Belia dan Sukan antara Kementerian terawal yang dilawati oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Lawatan rasmi tersebut bertambah meriah dengan kesudian YBhg. Tan Sri bersama-sama dalam majlis Iftar Ramadhan KBS-MAKSAK 2013. Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh, Pegawai-pegawai Kanan KBS dan warga kementerian.

 

Sempena lawatan rasmi tersebut, YBhg. Tan Sri KSN berpeluang beramah mesra dengan golongan muda dan meninjau hasil-hasil produk yang telah dikeluarkan oleh belia-belia Malaysia khususnya dari Institut Kemahiran Belia Negara. Produk yang dipamerkan ialah dalam bidang kemahiran teknologi tekstil & Apparel, Perkhidmatan Personal(Terapai kecantikan dan Perekaan gayaan rambut), Teknologi Fotografi,  dan Teknologi Hospitaliti/ Perhotelan.

 

Kementerian turut membuka kaunter pelaksanaan 1M4U yang menunjukkan pelaksanaan aktiviti-aktiviti 1M4U oleh KBS yang melibatkan belia-belia Malaysia dalam kegiatan kesukarelawan.

 

KBS juga menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MAKSAK Malaysia yang dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Tan Sri KSN. Seterusnya, beliau turut meninjau kemudahan Gym 1Malaysia yang dibuka kepada awam dan ruang Bilik Gerakan PUSPANITA KBS.

 

Iftar Ramadhan KBS-MAKSAK 2013 turut disertai oleh Imam Muda Musim Ketiga, Ustad Tarmizi Abdul Rahman yang telah mengimamkan solat Isyak, sunat Terawikh dan Tazkirah pada majlis tersebut.

 

Turut menyerikan majlis tersebut ialah YB. Menteri Belia dan Sukan, En. Khairy Jamaluddin dan Isteri, Puan Nori Abdullah, Pengerusi PUSPANITA KBS, YBhg. Datin Dr. Asmah Samat, Ahli-ahli YAKEB, dan Wakil-wakil Pemimpin dari Majlis Belia Malaysia.

Disunting oleh :

Dr. Wasitah Hj. Mohd Yusof (IPPBM)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.