kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERSIDANGAN MEJA BULAT PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-13 FOKUSKAN KEPADA PERSPEKTIF BELIA

PERSIDANGAN MEJA BULAT PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-13 FOKUSKAN KEPADA PERSPEKTIF BELIA

 

 

Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah melaksanakan Persidangan Meja Bulat Pasca Pilihan Raya Umum ke-13: Persepktif Belia, Pemaknaan dan Realtiti khusus untuk membincangkan pasca PRU Ke-13 dengan memberi fokus terhadap perspektif belia dan anak muda bertempat di Hotel Quality, KL.

 

Seramai 60 orang peserta telah terlibat yang terdiri daripada belia-belia berpersatuan dan tidak berpersatuan, Majlis Perwakilan Pelajar, Peserta Perdana Fellow Leadership, dan wakil-wakil agensi kerajaan. Rata-rata peserta terdiri daripada golongan belia yang terlibat secara aktif dalam politik negara samada dalam parti Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

 

Penganjuran persidangan ini berperanan untuk mempertemukan para pengkaji politik pilihan raya di kalangan ahli akademik, “political strategist” parti-parti politik, golongan pemikir belia, para intelektual belia dan juga pemimpin dalam gerakan pelajar; Menganalisis keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 berdasarkan kepada tema-tema seperti kecenderungan pengundian, strategi kempen dan sebagainya; dan mendokumenkan hasil penyelidikan Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk dijadikan rujukan oleh IPPBM dalam melaksanakan kajian berkenaan Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13.

 

Persidangan ini telah menjemput lima orang panel pembentang dan seorang moderator bagi membentangkan kertas kerja masing-masing berkenaan Pilihan Raya Umum ke-13 yang telah berlangsung baru-baru ini. Persidangan ini telah dipandu oleh Prof Madya Dr Shaharuddin bin Badaruddin daripada Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM.

 

Ahli panel pembentang terdiri daripada;

Prof. Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi
Pensyarah Kanan Undang-undang UITM
Pakar Perlembagaan Malaysia
(Electoral Process & the Youth)

 

Dr. Jeniri Amir
Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak
Penulis Hal Ehwal Politik di Malaysia terutama Sarawak
(Pembangunan dan Pemodenan: Kesan Terhadap Tingkah Laku Politik dan Pengundian Belia)

 

Encik Lim Teck Hoe
Ahli Majlis Perundingan Belia Negara 2009 – 2012
Pengasas Sukan Malaysia Literasi Mental (MENTALITE)
Pemenang pingat perak di dalam World Memory Championship 2002
(Pengalaman Kempen Pilihanraya 2013)

 

Encik Jufitri Joha

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Ketua Eksekutif Sekolah Pembangunan Kerja Belia dan Komuniti

(Pasca PRU 13, Perspektif Aktivis Belia Islam dan Masa Depan Malaysia   Baru)

 

Yang Mulia Engku Mohd Azmi bin Engku Mohd Basri

Pengarah Cawangan Pembangunan Rakan Muda

Kementerian Belia dan Sukan

(Patriotisme Belia dalam PRU Ke-13)

 

 

Topik hangat yang menjadi perbincangan pada persidangan tersebut ialah mengenai kecenderungan anak-anak muda yang aktif dalam berpolitik pada masa kini. Kertas kerja yang dibentangkan oleh pembentang menunjukkan belia kini mudah mendapatkan maklumat mengenai perkembangan politik semasa tanah air melalui medium sosial dan seterusnya mempengaruhi sokongan mereka kepada mana-mana parti yang telah bertanding pada Pilihan Raya Umum yang lepas.

  

Kajian yang dilaksanakan oleh Dr. Jeniri Amir menunjukkan anak-anak muda di Sarawak terutamanya di kawasan bandar kini telah mula mendekati parti Pakatan Rakyat(PR) yang memperlihatkan enam kawasan parlimen di sana dimenangi oleh  PR pada keputusan PRU ke-13 yang telah berlalu baru-baru ini, berbanding PRU ke-12 di mana PR hanya memenangi satu kerusi sahaja.

 

Dengan adanya Persidangan Meja Bulat Pasca PRU Ke-13 yang bermanfaat seperti ini diharapkan isu-isu berkaitan dengan golongan belia dapat ditangani dengan berkesan dan resolusi yang terhasil daripada persidangan meja bulat ini dapat dijadikan asas sebagai hala tuju penyelesaian yang terbaik untuk pembangunan belia.

  

Disunting : Suraya Sulaiman ( IPPBM )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.