kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MANDAT SEGAR YB. MENTERI BELIA DAN SUKAN DI MPBN PENGGAL KE-29

MANDAT SEGAR YB. MENTERI BELIA DAN SUKAN DI MPBN PENGGAL KE-29


Oleh : Dr Wasitah Hj Mohd Yusof
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 22 OGOS 2013 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Penggal    ke-29 bagi tahun 2013 /2014 telah dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertempat di Hotel Everly, Presint 1. MPBN adalah merupakan salah satu daripada usaha 'engagement' dan saluran perundingan diantara kerajaan khususnya oleh KBS yang mengungguli isu dan pembangunan mengenai belia.

 

Sidang MPBN ini merupakan yang pertama kali dipengerusikan oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin sejak beliau menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan telah berjalan dengan jayanya disamping pengisian ucapan oleh Menteri yang membawa arus transformasi dan hala tuju yang jelas bagi menangani sentimen dan suara belia yang menyeluruh sehingga ke akar umbi.

 

Antara penekanan  dan harapan YB Menteri Belia dan Sukan adalah berkisar kepada peluang dan ruang yang telah diwujudkan pasca Akta Pertubuhan Dan Pembangunan Belia iaitu dengan lahirnya kepimpinan baru yang lebih muda dan segar didalam kepimpinan belia. Maka, senario ini  pasti akan menjanjikan perubahan positif kepada belia-belia negara kerana penghakupayaan belia diberikan keutamaan oleh KBS.

 

YBM meminta agar wakil-wakil kepada  belia dan Majlis Belia Malaysia akan lebih  peka kepada keperluan meningkatkan urustadbir NGOs bagi menguruskan potensi majoriti belia yang dibangunkan sejajar dengan keperluan pembangunan negara bangsa.

 

Kehadiran ahli-ahli daripada YB. Exco-exco Belia dan Sukan Negeri, Pengarah-pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Majlis Belia Malaysia, Pemimpin-pemimpin Belia, Ahli-ahli MPBN Lantikan  Menteri, dan wakil-wakil agensi kerajaan yang telah berperanan menyokong inisiatif belia ini, maka Majlis Perundingan Belia Negara ini telah berjaya dilaksanakan dengan usul-usul yang membangkitkan sentimen dan keperluan para-para belia pada hari ini.

Menerusi ucapan penangguhannya, YB Menteri menyuarakan kepuasan hati terhadap kualiti kandungan usul-usul yang dibawa oleh para  perwakilan belia pada kali ini yang padat dengan harapan dan keinginan untuk memenuhi hasrat dan sentimen generasi muda hari ini.

Disunting Oleh:  Nasrudin b. H Mahmud, unit Komunikasi Korporat

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.