- Laman Utama
- Berita Terkini
- THINK TANK IPPBM BINCANG KUALITI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN BELIA
THINK TANK IPPBM BINCANG KUALITI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN BELIA

THINK TANK IPPBM BINCANG KUALITI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN BELIA
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (IPPBM)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PUTRAJAYA, 27 Ogos 2013 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pemandu Think Tank bilangan 2/2013 bertempat di Menara KBS. Seramai 25 orang ahli Think Tank/Pemikir telah hadir yang terdiri daripada para ahli akademik, wakil agensi yang mempunyai kepentingan berkaitan belia, wakil pertubuhan belia iaitu Majlis Belia Malaysia(MBM) dan orang perseorangan lantikan oleh IPPBM.
Di antara skop peranan Think Tank IPPBM ialah menjadi kumpulan pemikir dan menganggotai jawatankuasa pemandu kepada IPPBM disamping menilai dan memberi pandangan kepada institut untuk mewujudkan sesuatu bidang kajian dan skop penyelidikan yang diperlukan.
Mesyuarat yang berlangsung selama 3 jam itu antaranya telah membincangkan beberapa strategi baru ke arah memantapkan bidang penyelidikan serta urus tadbir berkaitan pengurusan data, perbincangan mengenai integriti dalam proses penyelidikan ke arah melahirkan piagam integriti dalam penyelidikan dan menghasilkan terma rujukan mengenai bidang penyelidikan berimpak tinggi serta menghasilkan pelan berstruktur untuk program “graduate internship” dalam bidang penyelidikan di IPPBM.
Selain itu, IPPBM juga membentangkan Pelan Strategik IPPBM 2013-2015 yang telah dipersetujui oleh pihak Lembaga Pengarah IPPBM. Ahli-ahli mesyuarat yang hadir telah memberikan beberapa nilai tambah kepada tadbir urus IPPBM khususnya dalam perkara yang berkaitan kajian-kajian jangka panjang.
Menerusi jawatankuasa tersebut, sebanyak tiga kajian yang dicadangkan oleh pihak Think Tank telah diumumkan iaitu Kajian Psychological Well-Being: Total Stress Score Among Youth Adults In Malaysia, Kajian Persepsi Pemimpin Belia Indonesia Terhadap Hubungan Malaysia-Indonesia dan Kajian Penggunaan Media & Teknologi Baharu dalam Konteks Pembangunan Belia.
Mesyuarat jawatankuasa tersebut telah berlangsung dengan jayanya yang berakhir pada jam 1.00 petang.
Disunting : Dr. Wasitah Hj Mohd Yusof ( IPPBM )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.