- Laman Utama
- Berita Terkini
- PUSPANITA KBS SERTAI PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 56
PUSPANITA KBS SERTAI PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 56

PUSPANITA KBS SERTAI PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 56
Disediakan oleh : Dr. Wasitah Mohd Yusof, IPPBM
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
KUALA LUMPUR, 31 OGOS 2013 - Wanita tiang seri Negara. Ungkapan yang jelas menggambarkan sumbangan ahli-ahli muda Puspanita cawangan KBS di sambutan Hari Kemerdekaan negara kita. Dengan langkah bergaya dalam perbarisan kontigen-kontigen di sambutan Kemerdekaan ke 56 tahun ini.
Ahli-ahli muda Puspanita cawangan KBS mencuri perhatian para Pemimpin negara dan para jemputan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur kerana penglibatan penyertaan tertinggi dalam kalangan keahlian dari KBS.
Kontigen Puspanita ke sambutan Hari Kemerdekaan kali ini turut dianggotai oleh ahli-ahli Puspanita dari semua Kementerian dan Agensi. Selain daripada menyertai perbarisan, ahli-ahli Puspanita KBS turut membantu mengedarkan borang soal selidik kajian yang dijalankan oleh IPPBM bagi mengesan tahap kesukarelaan dan patriotism dalam kalangan ahli-ahli Puspanita yang menyertai acara sambutan Kemerdekaan tahun ini.
Sekalung penghargaan untuk semua yang telah terlibat di dalam menjayakan perbarisan kali ini.
Disunting oleh : Nasarudin H Mahmud, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.