- Laman Utama
- Berita Terkini
- PARLIMEN BELIA MULAKAN SESI AWAL 2014
PARLIMEN BELIA MULAKAN SESI AWAL 2014

PARLIMEN BELIA MULAKAN SESI AWAL 2014
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
GOMBAK, 9 SEPTEMBER 2013 - Parlimen Belia yang menjadi salah satu enam inisitaif yang dilahirkan melalui Makmal Belia akan memulakan sesi persidangan pertamanya pada Mac atau April tahun depan.
Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang mengadakan promosi ke seluruh negara untuk mendapatkan sekurang-kurang 200,000 belia warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 40 tahun sebagai pengundi. Katanya, Perwakilan Parlimen Belia ini akan dipilih mengikuti negeri dan bukannya menerusi kawasan parlimen biasa.
Menurutnya, berdasarkan falsafah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memperkenalkan konsep “ dari belia untuk belia ” dengan memberi peluang untuk belia memberikan pandangan atau pendapat melalui perbincangan isu-isu berkaitan keperluan golongan berkenaan dan KBS bertindak sebagai pelaksana atau pemudah cara jika cadangan itu sesuai untuk dilaksanakan.
Encik Khairy yang dilantik sebagai Menteri Mentor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini berkata demikian semasa sesi dialog dengan pelajar-pelajar baharu di Minggu Ta’aruf universiti berkenaan di Dewan Aktiviti Kebudayaan UIAM di sini hari ini.
Katanya lagi, perlaksanaan Parlimen Belia ini tidak dibuat mengikut kesemua 222 kawasan parlimen sedia ada kerana ada diantaranya tidak mempunyai bilangan pengundi muda yang ramai.
Parlimen Belia bakal menjadi pentas untuk belia tidak berpersatuan membahas dan mengusulkan cadangan dari sudut pandangan orang muda kepada kerajaan.
Disunting : Idris Husin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.