kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS Rancang Program Elak Belia Libat Jenayah

 

KBS Rancang Program Elak Belia Libat Jenayah

Berita Sinar Harian - 30 September 2013

 

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merancang mewujudkan satu program untuk menangani masalah belia yang berisiko terjebak dalam kancah jenayah.
   
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata ini akan dibuat dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa agensi berkaitan.
   
"Belia bermasalah ini perlu dibantu, jika tidak mereka akan hanyut ke dalam dunia jenayah," katanya ketika berucap merasmikan Forum Belia Kebangsaan yang mengupas isu bagaimana menangani jenayah dan gangsterisme dalam kalangan belia di sini hari ini.
   
Beliau berkata inisiatif berbentuk inklusif sosial itu antara lain, menjurus kepada peluang untuk belia berkenaan menyertai latihan kemahiran termasuk di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
   
Khairy turut membayangkan kemungkinan golongan itu dibantu dengan pemberian modal untuk memulakan perniagaan. Mengulas lanjut, beliau berkata pendekatan baharu itu akan dilakukan dengan mengenal pasti belia berisiko melalui tiga elemen kehidupan mereka iaitu di peringkat persekolahan, struktur sokongan keluarga dan aktiviti masa lapang.
   
"Kita yakin dengan bimbingan di peringkat awal, golongan belia ini mampu diselamatkan selain tindakan penguatkuasaan untuk mengurangkan jenayah," katanya.
   
Beliau berkata KBS turut bercadang menggunakan kaedah kaunseling untuk belia berisiko itu untuk mengetahui punca sebenar mereka berjinak dengan aktiviti yang boleh menjurus kepada masalah sosial dan jenayah.
   
Forum itu anjuran KBS dengan kerjasama Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. - Bernama

KBS rancang program elak belia libat jenayah

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.