kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

BELIA DIPELAWA DAFTAR SEBAGAI PEMILIH PARLIMEN BELIA

 

BELIA DIPELAWA DAFTAR SEBAGAI PEMILIH PARLIMEN BELIA

Berita KBS - 4 Oktober 2013

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

PUTRAJAYA, 30 SEPTEMBER 2013 – Belia dipelawa untuk mendaftar diri sebagai pemilih bagi Parlimen Belia Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi untuk memilih wakil negeri mereka ke persidangan penggal pertama yang dijangka bermula awal tahun depan.

Dianggarkan seramai 11.8 juta belia yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun dinegara ini. Kementerian Belia Dan Sukan ( KBS ) meletakkan sasaran sekurang-kurangnya 200,000 belia mendaftar sebagai pemilih bagi membolehkan pelaksanaan Parlimen Belia ini dapat dilakukan dengan lancar.

 Menurut sumber, Parlimen Belia Malaysia adalah satu dari enam inisiatif yang dilahirkan oleh Makmal Belia bagi menjadi saluran kepada golongan belia untuk menyuarakan idea dan pandangan mereka mengenai isu-isu semasa.

 Selian itu, ia bakal menjadi platform untuk melahirkan kepmipinan muda disamping memberi peluang mereka untuk memehami sistem demokrasi pentadbiran negara. Parlimen Belia Malaysia juga menjadi instrument untuk mengenal pasti trend belia semasa dan harapan mereka.

 Belia juga dipelawa untuk menndaftar sebagai calon Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi membolehkan mereka diplih untuk mewakili negeri masing-masing. Calon-calon mestilah berumur 18 tahun hingga 30 tahun, berkebolehan berbahas, mempunyai kualiti kepimpinan penglibatan aktif didalam program komuniti, tidak muflis, tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan berpengetahuan luas di dalam isu-isu lokaliti, sosial, ekonomi dan antarabangsa.

Seramai 119 Ahli Parlimen Belia Malaysia akan dipilih mengikut kuota negeri dan mereka akan memulakan tugasan yang dijangkakan awal tahun depan.Pemilihan Ahli Parlimen Malaysia akan menggunakan sistem online ( E-PBM ). Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai Parlimen Belia Malaysia, sila layari www.parlimenbelia.gov.my.

 

 Disunting : Nasrudin H. Mahmud ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2026 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.