- Laman Utama
- Berita Terkini
- MENTERI SAMBUT PASUKAN HOKI REMAJA
MENTERI SAMBUT PASUKAN HOKI REMAJA

MENTERI SAMBUT PASUKAN HOKI REMAJA
Oleh : Mohd Firdaus Amin Abdullah (Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
SEPANG, 17 DISEMBER 2013 – Walaupun skuad hoki remaja negara tewas kepada pasukan Belanda, namun pencapaian mereka adalah amat membanggakan.
Skuad negara yang tewas 2 – 7 kepada pasukan Belanda dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Nasional Major Dhyan Chand New Delhi, India itu telah berjaya menamatkan saingan di tempat keempat dari 16 pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2013 itu.
Prestasi skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah itu melepasi sasaran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) yang menyasarkan kedudukan ke enam terbaik dalam kejohanan Mereka yang telah berjuang habis habisan dalam kejohanan yang bermula 6 hingga 15 Disember 2013 lalu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi ini dan kepulangan mereka disambut sendiri Menteri Belia dan Sukan, Encik Khairy Jamaluddin dan ahli keluarga masing masing.
Kejayaan yang diperoleh itu menyamai pencapaian Malaysia dalam kejohanan sama pada 1979, 1982 dan 1985.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.