- Laman Utama
- Berita Terkini
- GITA AKUSTIKA HIBURKAN PENGUNJUNG LORONG SENI EDISI FEBRUARI
GITA AKUSTIKA HIBURKAN PENGUNJUNG LORONG SENI EDISI FEBRUARI

GITA AKUSTIKA HIBURKAN PENGUNJUNG LORONG SENI EDISI FEBRUARI
Disediakan oleh : Lizza Imelia M. Sulanah,Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PUTRAJAYA, 15 FEBRUARI 2014 – Lorong Seni telah melabuhkan tirainya untuk edisi Februari tepat jam 7.00 petang pada sabtu lalu.
Program berkonsepkan santai bersama belia ini diadakan pada setiap bulan telah berjaya menarik perhatian bukan sahaja belia tetapi juga ibubapa dan keluarga yang tinggal sekitar Putrajaya.
Tidak kurang daripada 500 orang pengunjung telah hadir memeriahkan Lorong Seni Edisi Februari ini. Antaranya adalah pelajar-pelajar dari UiTM Shah Alam yang terhibur dengan persembahan berbentuk akustik oleh 10 penghibur solo dan berkumpulan dalam kalangan belia. Aktiviti yang dinamakan Gita Akustika itu merupakan platform untuk belia yang meminati muzik membuat persembahan secara terbuka untuk menghiburkan pengunjung. Antara yang membuat persembahan adalah Sabri Stubborn dan Fita UiTM. Mereka menunjukkan bakat masing-masing menyanyi sambil bermain alat muzik.
Lorong seni kali ini juga dimeriahkan dengan Glam Bazaar iaitu gerai-gerai jualan makanan, pakaian, buku-buku yang dinamakan pasar buku , aksesori wanita serta kraftangan yang diusahakan oleh belia-belia yang minat berniaga.
Pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan Dena Bahrin, seorang ikon muslimah dan pengusaha perniagaan online yang cukup dikenali dalam kalangan pembaca blog dan online shoppers.
Encik Sabran Abd. Bahar, Pengarah (Cawangan Pembangunan Potensi Pembangunan) Bahagian Rakan Muda turut meluangkan masa ke Lorong Seni sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.
Nantikan Lorong Seni Edisi Mac yang menjanjikan pentas yang berbeza, konsop yang lebih menarik khusus untuk para belia bersantai, berniaga dan bersosial secara sihat.
Disunting oleh : Adeli Hussin@Drus, Unit Komunikasi Korporat
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.