Saudara/i,
JEMPUTAN MENYERTAI PERBINCANGAN BERKUMPULAN MENGENAI ISU RASIONALISASI SUBSIDI KERAJAAN
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) akan menjalankan penyelidikan menerusi kaedah perbincangan dalam kumpulan untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan isu RASIONALISASI SUBSIDI KERAJAAN.
Sehubungan itu, pihak IYRES ingin menjemput Saudara/i yang bekerja dengan sektor kerajaan, badan berkanun, syarikat kerajaan (GLC) syarikat swasta dan belia yang bekerja sendiri untuk menyertai perbincangan berkumpulan ini.
Sesi ini akan diadakan mengikut Zon Utara (Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis & Perak), Zon Selatan (Johor, Melaka & Negeri Sembilan), Zon Tengah (Putrajaya, Kuala Lumpur & Selangor), Zon Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang), Zon Sabah dan Zon Sarawak. Tarikh pelaksanaan sesi ini dijadualkan akan diadakan pada bulan Ogos 2014.
Sekiranya anda/kenalan anda berminat untuk menyertai sesi ini, sila daftarkan maklumat anda seperti berikut dan hantar maklumat ini kepada Puan Shariffah Mamat menerusi email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Nama |
|
Jantina |
|
Bangsa |
|
Agensi Pekerjaan |
Kerajaan ( ) Badan Berkanun ( ) Syarikat Kerajaan (GLC) ( ) Syarikat Swasta ( ) Bekerja Sendiri ( ) |
Negeri |
|
Zon diminati |
Utara ) Selatan ( ) Tengah ( ) Timur ( ) Sabah ( ) Sarawak ( ) |
No. Telefon |
(Pejabat) (Mobile) |
Alamat email |
|
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian 03-88713790.
NOTA: 1. IYRES akan menghubungi belia yang terpilih untuk menyertai sesi perbincangan kumpulan ini mengikut kesesuaian dan limitasi mewakili sektor pekerjaan.
2. Sebagai menghargai pembabitan Saudara/i, sagu hati berjumlah RM 50.00 akan diberikan kepada belia yang terpilih menyertai kumpulan perbincangan ini.